Latihan Self Evacuation Kereta Kebal Pendekar 11 KAD
October 25, 2023
Comment
14 April 2021
Tags
trik presentasi
Seramai 1 Peg dan 22 LLP dari 11 KAD (Kor Armor Diraja) terlibat dalam Latihan Self Evacuation Kereta Kebal PENDEKAR di Tapak Latihan Memandu KJA 11 KAD pada 31 Mac 21.
Latihan ini telah dilaksanakan oleh Skn Alpha dengan menggunakan sebuah Kereta Kebal PENDEKAR. Latihan ini dimulakan dengan pelaksanaan kelas teori, pengenalan kepada peralatan, persiapan pada kenderaan dan pelaksanaan praktikal Self Evacuation oleh krew.
Latihan ini dilaksanakan untuk memberi pendedahan kepada anggota krew berkenaan tindakan yang perlu diambil apabila Kereta Kebal PENDEKAR berhadapan dengan halangan.
Untuk latihan Self Evacuation pada kali ini, krew didedahkan dengan halangan semulajadi iaitu apabila berdepan dengan keadaan tanah berlumpur atau mendap.
Latihan ini dilaksanakan sejajar dengan Tonggak Pertama Perintah Ulung Panglima Tentera Darat Ke-28 iaitu Kelangsungan Misi dan Kesiagaan yang menitikberatkan keupayaan siaga anggota dalam menghadapi sebarang operasi.
(11 Armor)
Subscribe Our Newsletter
0 Komentar
Post a Comment
Kebijakan berkomentar :
Berkomentarlah dengan tata bahasa yang baik, agar orang tau sebijak apa karakter anda melalui kata-kata.
Silahkan berkomentar apapun selagi masih berhubungan dengan halaman postingan ini.
Dilarang berkomentar menggunakan Link Aktif.
Centang Notife Me agar mendapatkan notifikasi balasan komentar admin melalui Email.